2 Kanak-Kanak Orang Asli Di Temui Selamat

2 Kanak-Kanak Orang Asli Di Temui Selamat,ok: Setelah sekian lama mencari, diberitakan pasukan penyelamat yang melakukan operasi pencarian di Sungai Perias,  telah berjaya menemui dua kanak-kanak orang asli yang hilang sejak lebih sebulan lalu dalam keadaan selamat dalam keadaan lemah di kawasan pencarian dekat Sungai Mas, Pos Tohoi kira-kira tengah hari tadi oleh petugas ops SAR bersama mayat yang belum dikenal pasti identiti.

2 Kanak-Kanak Orang Asli Di Temui Selamat

Bagaimanapun, pihak berkuasa masih belum mengesahkan penemuan tersebut.

Pada petang Khamis, sebahagian rangka seorang kanak-kanak yang belum dikenal pasti jantina, turut ditemui di Sungai Perias, kira-kira 500 meter dari Pos Tohoi.

2 Kanak-Kanak Orang Asli Di Temui Selamat

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah berkata rangka berkenaan iaitu tengkorak dan beberapa batang tulang rusuk, ditemui pada 3.50 petang.

Beliau berkata rangka itu ditemui kira-kira 800 meter dari mayat Sasa Sobrie, 8, salah seorang daripada tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Tohoi yang hilang sejak Ogos, yang ditemui petang Rabu.


Pada 23 Ogos lepas, tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 dan 11 tahun dari SK Pos Tohoi, bertindak melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka  dikesan mandi di sungai tanpa kebenaran.

Artikel: Mayat Mangsa Lemas Hampir Pasti Milik Sasa, 1 Lagi Rangka Di Jumpai

Tujuh murid terbabit ialah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Haikal Yaakob, 8; Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11; - kesemuanya berasal dari Kampung Gawin dan Penad.

via
http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2015/10/09/orang-asli-selamat/

0 comment... add one now