Budak Mangsa Culik Di Kajang Akhirnya Di Jumpai & Di Serah Kepada Keluarga

Budak Mangsa Culik Di Kajang Akhirnya Di Jumpai & Di Serah Kepada Keluarga,ok : Kanak-kanak berusia lima tahun yang diculik dua lelaki pagi tadi sudah ditemui dan dihantar pulang oleh pemandu teksi, 5.25 petang tadi.

Budak Mangsa Culik Di Kajang Akhirnya Di Jumpai & Di Serah Kepada Keluarga

Kanak-kanak berkenaan ditemui di tepi jalan sebelum dia dibawa pulang ke rumahnya di Taman Cahaya Suria, Sungai Chua, di sini.

Difahamkan, pemandu teksi berkenaan mengecam wajah mangsa selepas melihat gambarnya yang menjadi viral di laman sosial sejak pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard mengesahkan penemuan kanak-kanak berkenaan.

"Mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan dibawa ke Hospital Kajang untuk pemeriksaan doktor.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung kejadian itu,"katanya.
Dalam kejadian 9 pagi tadi, kanak-kanak berkenaan dihantar ibunya ke tadika di Taman Setia, Sungai Chua sebelum didatangi dua lelaki terbabit yang  berpura-pura bertanyakan lokasi ke pasar.

Budak Mangsa Culik Di Kajang Akhirnya Di Jumpai & Di Serah Kepada Keluarga

Suspek kemudian melarikan kanak-kanak berkenaan menaiki kereta Proton Saga berwarna hitam.

Ibu mangsa cuba mengejar kereta suspek menyebabkanya terjatuh dan mengalami kecederaan di kaki kiri.

Susulan itu, keluarga mangsa membuat laporan di Balai Polis Kajang, 9.47 pagi tadi," katanya.

Pemandu Teksi Jumpa Di Tepi Jalan

Pemandu Teksi Jumpa Di Tepi Jalan

Pemandu teksi yang mahu dikenali sebagai Nizam berkata dia menjumpai kanak-kanak itu sedang merayau di tepi jalan.

Nizam berkata dia mengenalpasti kanak-kanak itu kerana gambarnya sudah pun viral di aplikasi Whatsapp.

Nizam kemudiannya mengambil kanak-kanak tersebut dan menghantarnya ke rumah.

"Saya cam gambar budak itu dari satu mesej Whatsapp dan mengambil keputusan untuk menghantarnya kembali ke rumah", kata Nizam memetik laporan NST Online.

Pemandu Teksi Jumpa Di Tepi Jalan

Gambar kanak-kanak tersebut menjadi viral di media sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp sejak pagi tadi.

Nizam bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian kerana bimbang akan keselamatannya.



Detik2 mengharukan apb kanak-kanak yang diculik dipulangkan kpd keluarganya oleh pemandu teksi di Kajang.
Posted by Video Viral on Friday, 9 October 2015


via
http://www.hmetro.com.my/node/83814#sthash.6XonEZoC.dpuf
http://www.siakapkeli.my/2015/10/culik-kajang-saya-jumpa-dia-merayau.html

0 comment... add one now