Polis Tahan Jiran, Disyaki Terbabit Kes Pembunuhan Kerani Sekolah Agama

Polis Tahan Jiran, Disyaki Terbabit Kes Pembunuhan Kerani Sekolah Agama: Nampaknya ada perkembangan positif dalam kes pembunuhan kejam kerani sekolah agama di Johor.

 Polis Tahan Jiran, Disyaki Terbabit Kes Pembunuhan Kerani Sekolah Agama

Menurut laporan Astro Awani, polis Johor telah menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan kejam seorang kerani sekolah agama di Taman Setia Kasih, Sungai Terap, Bukit Pasir pada Isnin lepas.

Kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC Kamarul Zaman Mamat, suspek berumur 30 tahun yang merupakan jiran terdekat mangsa di taman perumahan itu, ditahan pada pukul 6 petang tadi.

"Suspek yang juga seorang pegawai kerajaan telah berkahwin dan mempunyai dua anak," katanya dalam satu kenyataan kepada media malam ini.

Tambah Kamarul Zaman, suspek ditahan berikutan gagal memberikan keterangan yang memuaskan kepada polis semasa siasatan dijalankan.

"Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan juga turut mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan jenayah kekerasan dan memiliki dadah," katanya.

Polis Ambil Keterangan 10 Pengguna FB & Whatapps Kes Kerani Di Bunuh

Beliau turut berterima kasih kepada masyarakat yang telah menyalurkan maklumat kepada polis dalam membanteras jenayah kejam itu.

Semalam polis Muar juga telah mengambil keterangan hampir 10 pengguna laman sosial Facebook bagi mengesan dalang sebenar penyebaran berita dan gambar bersabit kes pembunuhan itu yang telah menjadi viral.

via
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-berkas-jiran-dipercayai-terbabit-kes-bunuh-kerani-sekolah-agama-81732

0 comment... add one now