Bekas Tentera British Hilang Kaki Di Iraq Kongsi Surat Terbuka Kecam Islamophobia

Bekas Tentera British Hilang Kaki Di Iraq Kongsi Surat Terbuka Kecam Islamophobia: Seorang bekas tentera British yang hilangan kaki kanan ketika bertugas di Iraq telah berkongsi surat terbuka menyelar mereka yang “berharap” agar beliau menjadi seorang rasis kerana nasib malang yang menimpanya.

Bekas Tentera British Hilang Kaki Di Iraq Kongsi Surat Terbuka Kecam Islamophobia

Menurut laporan The Telegraph, Chris Herbert cedera dalam letupan jalanan yang mengenai kenderaan beliau di Basra, Iraq pada tahun 2007 yang mengakibatkan beliau kehilangan kaki kanan.

Herbert ketika itu bertugas melindungi tentera lain di dalam sebuah kenderaan tentera apabila unitnya dari Rejimen Yorkshire diserang hendap.

Bekas Tentera British Hilang Kaki Di Iraq Kongsi Surat Terbuka Kecam Islamophobia

Selepas kecewa dengan masyarakat yang rata-rata menjangka beliau anti-Muslim, mesej yang mengesankan ini dikongsi oleh beliau di laman Facebooknya:

Baca: Muslim Dimaki & Disimbah Kopi Kerana Solat Ditaman

Terjemahan:

Saya kecewa dengan sesetengah orang yang mahu saya jadi rasis, kerana saya pernah dibom.

Beginilah:

Ya. Seorang Muslim mengebom saya, dan saya hilang kaki.
Seorang Muslim juga hilang lengan pada hari itu dan beliau memakai seragam tentera British.
Seorang petugas perubatan Muslim ada di dalam helikopter yang mengambil saya dari tempat kejadian.
Seorang pakar bedah Muslim menjalankan pembedahan yang menyelamatkan nyawa saya.
Seorang jururawat Muslim menjadi ahli pasukan yang menyelamatkan saya waktu saya pulang ke UK.
Seorang pembantu perubatan Muslim menjadi ahli pasukan yang memenuhi keperluan harian saya dalam proses pemulihan ketika saya belajar untuk berjalan.
Seorang pemandu teksi Muslim menumpangkan saya secara percuma ketika saya pulang dari berjumpa Ayah dan meminum bir bersamanya.
Seorang doktor Muslim menenangkan ayah saya dan memberi nasihat perubatan apabila dia tidak pasti tentang ubat-ubatan saya serta kesan sampingannya.


Bekas Tentera British Hilang Kaki Di Iraq Kongsi Surat Terbuka Kecam Islamophobia
Bekas Tentera British Hilang Kaki Di Iraq Kongsi Surat Terbuka Kecam Islamophobia

Sebaliknya:

Warga kulit putih Britain yang meludah muka kekasih saya kerana dia telah ‘meniduri saya dan bukannya dia’
Warga kulit putih Britain yang menolak kerusi roda saya menjauhi lif agar dia dapat menggunakannya
Warga kulit putih Britain yang menjerkah ayah saya kerana menggunakan ruang parkir untuk kurang upaya ketika saya bertugas
(Namun, ramai yang telah membantu saya pulih! Saya tidak membenci warga Britain juga! hahaha)
Maksud saya, persetankan semua itu. Saya tahu siapa yang saya benci, dan siapa yang tidak. Saya tahu siapa yang saya hargai, dan siapa yang tidak. Jika kamu mahu membenci seluruh bangsa lelaki dan perempuan hanya kerana beberapa orang yang bodoh, bencilah, tapi jangan paksa pandangan kamu ke atas saya dengan berfikir bahawa saya mudah dipengaruhi kerana ada seorang dungu suatu hari ingin membunuh saya. Menyalahkan seluruh umat Islam kerana tindakan kumpulan seperti Daesh dan Taliban samalah seperti menyalahkan seluruh penganut Kristian atas tindakan KKK atau Westboro Baptist Church. Teruskanlah hidup anda, sayangi keluarga, dan kembalilah bertugas.

via

0 comment... add one now