Terkentut Ketika Bedah, Pesakit Melecur Akibat Terbakar

Terkentut Ketika Bedah, Pesakit Melecur Akibat Terbakar,ok? | Seorang pesakit yang terkentut ketika menjalani prosedur pembedahan membawa padah apabila tubuhnya melecur teruk akibat percikan api yang tercetus daripada gas dari dalam badannya.

Terkentut Ketika Bedah, Pesakit Melecur Akibat Terbakar

Kejadian yang dilaporkan akhbar Asahi Shimbun itu berlaku di Hospital Universiti Perubatan Tokyo di Shinjuku.

Kebakaran itu berlaku di hospital berkenaan pada 15 April lalu.

Pesakit berkenaan yang berusia dalam lingkungan 30an menjalani pembedahan yang memerlukan laser diletakkan pada serviks iaitu bahagian bawah rahim.

Penggunaan laser itu dipercayai menjadi punca pesakit itu terkentut.

Kebakaran itu menyebabkan sebahagian besar tubuhnya termasuk pinggang dan kaki melecur.

Jawatankuasa yang dianggotai pakar luar meneliti kes berkenaan berkata, laporan yang disiapkan pada 28 Oktober menunjukkan tiada bahan yang boleh menyebabkan berlaku kebakaran dalam dewan bedah.

Turut dimaklumkan, semua peralatan dalam dewan bedah berfungsi dengan baik.

"Apabila pesakit terkentut dalam dewan bedah, ia boleh menyalakan api dengan sinaran laser dan menyebabkan api merebak," kata laporan itu. ~ Mstar Online

0 comment... add one now