Video: Arab Saudi Berjaya Tembak Peluru Berpandu Syiah Yaman

Video: Arab Saudi Berjaya Tembak Peluru Berpandu Syiah Yaman,ok?| Arab Saudi memintas peluru berpandu balistik dari Yemen yang dilancarkan kumpulan pemberontak Syiah Houthi dengan menjadikan ta­nah suci Mekah sebagai sasaran, malam semalam.

Arab Saudi Berjaya Tembak Peluru Berpandu Syiah Yaman

Portal Arab News yang memetik kenyataan tentera perikatan diketuai Arab Saudi sebagai berkata, peluru berpandu balistik Burkan-1 itu bagaimanapun dimusnahkan kira-kira 65 kilome­ter dari Mekah tanpa mengakibatkan kecederaan kepada orang ramai.

Jet pejuang tentera perikatan kemudian membalas serangan dengan memusnahkan pelancar roket berkenaan di Saada, Yemen.

Namun, kumpulan pembe­rontak itu menjelaskan, serangan tersebut menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jeddah.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Ye­men, Ahmed Obeid Daghr berkata, Iran telah melatih kira-kira 6,000 pejuang Houthi di negara itu dan Beirut sekali gus membuka jalan bagi peningkatan sera­ngan kumpulan pemberontak di negara berkenaan.

“Perang di Yemen tidak bermula pada 26 Mac tahun lalu sebaliknya bermula ketika kumpulan pemberontak itu mengangkat senjata menentang seteru politik dan kerajaan dengan mendapat sokongan Iran yang melatih kira-kira 6,000 orang pejuang.

“Kerajaan tidak mahu berperang namun kumpulan itu me­lancarkan serangan berkenaan ke atas kerajaan dan rakyat Yemen apabila menggerakkan peralatan perang mereka dari Sida ke Imran dan Sanaa serta seterusnya ke wilayah lain dengan membunuh dan memusnahkan kediaman penduduk,” katanya.

Dalam pada itu, kapal perang tentera perikatan dan tentera Amerika Syarikat (AS) memintas empat penghantaran senjata dari Iran ke Yemen sejak April tahun lalu.

“Kami tahu dari mana kapal itu datang dan juga lokasinya,” kata jurucakap tentera AS, Laksamana Madya Kevin Donegan.

Donegan menjelaskan, kapal itu membawa ribuan raifal AK-47, peluru berpandu antikereta kebal, raifal penembak hendap dan pelbagai kelengkapan serta sistem senjata canggih,” katanya.

Sementara itu, satu usul damai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menamatkan perang di Yemen yang diperoleh media adalah termasuk mengetepikan Presiden Yemen dalam buangan, Abdrabbuh Mansour Hadi selain mewujudkan sebuah kerajaan dianggotai pemimpin yang kurang bermasalah. – AGENSI/REUTERS

0 comment... add one now