GUGURNYA SEORANG PEJUANG - VAT 69, ALLAHYARHAM ASP MOHD ZABRI BIN ABDUL HAMID

GUGURNYA SEORANG PEJUANG - VAT 69, ALLAHYARHAM ASP MOHD ZABRI BIN ABDUL HAMID,ok!: Kisah seorang pejuang negara, Allahyarham ASP Mohd Zabri Bin Abdul Hamid, anggota Komando VAT69.

GUGURNYA SEORANG PEJUANG - VAT 69, ALLAHYARHAM ASP MOHD ZABRI BIN ABDUL HAMID

Mohd Zabri bin Abdul Hamid
Latar belakang :
Mohd Zabri dilahirkan di Tapah, Perak dan merupakan anak kedua dalam keluarganya.

KERJAYA
Mohd Zabri memulakan kerjayanya sebagai pegawai polis pada 1 Jun 1963 dengan memegang jawatan Inspektor Percubaan. Selepas menamatkan latihan di PULAPOL Jalan Semarak, beliau ditugaskan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada 18 Mac 1963 dan beliau kemudiannya ditukarkan ke unit Pasukan Polis Hutan (sekarang Pasukan Gerakan Am) pada 29 Mac 1965 sebagai Komander Platun.

Pada bulan Julai 1970, Zabri menyertai pasukan Komando 69 yang baru ditubuhkan ketika itu dan beliau berjaya dalam pemilihan tersebut selama lima bulan. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Jurulatih Komando pada bulan April hingga Ogos 1971 bagi melatih pegawai dan anggota yang baru menyertai pasukan ini yang dikenali sebagai Platun Ketiga Komando 69, bertempat di Kubu Legap, Perak.

OPERASI 
Zabri juga pernah melibatkan diri dalam satu operasi yang dikenali sebagai Ops Jemput Tiga yang dikendalikan bersama Cawangan Khas PDRM dan perisikan khas Tentera Nasional Indonesia - Angkatan Darat (TNI-AD) dalam memburu dan menggempur Komunis Parti Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU) yang terletak disempadan Sarawak-Kalimantan.

Dalam operasi yang menggabungkan pasukan Komando 69 PDRM dengan unit KOSTRAD (Komando Strategis Cadangan Angkatan Darat) TNI-AD dan mengambil masa lima bulan ini, kedua-dua pasukan tersebut berjaya menggempur kedua-dua buah kubu kumpulan PARAKU dan ketangkasan serta keberanian pasukan Komando 69 pimpinan Zabri dalam pertempuran yang tercetus serta berjaya menumbangkan beberapa orang ahli PARAKU ini amat mengagumkan pasukan keselamatan Indonesia.

Selain Ops Jemput Tiga, Zabri juga mengetuai tiga platun Komando 69 ke Hulu Perak pada bulan Ogos 1975 dalam gerakan mencari dan memintas salah satu kumpulan pengganas komunis yang terlibat dalam satu kes pembunuhan ke atas empat orang anggota Konstabel Tambahan Balai Polis Grik dimana empat orang anggota tersebut telah dibunuh dan mayat mereka dikelar oleh komunis dengan pisau.

Pada 3 hb September 1975, unit-unitnya berjaya mengesan kedudukan khemah musuh yang terlibat berhampiran dengan Grik dan berlakunya satu pertempuran antara unit Komando 69 pimpinan Zabri dengan pengganas komunis yang mempunyai keanggotaan seramai 30 hingga 40 orang sebelum pengganas-pengganas tersebut berundur.

Dalam pertempuran tersebut, dua orang anggota Komando 69 iaitu Koperal Sheikh Ismail serta Koperal Aziz Idris tercedera dalam pertempuran itu dan bantuan ke Unit Tek Tapong melalui perutusan semboyan telah diminta.

Hasil pemeriksaan unitnya ke atas kem komunis yang ditinggalkan selepas pertempuran tersebut, mereka berjaya merampas 6 beg galas berisi makanan, pakaian, 2 laras senjata mortar, 18 butir bahan letupan, 15 kotak bekalan makanan, ubat serta beberapa barangan lain lagi.

Selain itu, mereka juga turut merampas semula 3 laras senapang patah yang dipercayai milik empat anggota Konstabel Tambahan yang dibunuh ketika itu.

DETIK KEMATIAN
Pada 3 September 1975, Zabri meninggal dunia akibat terpijak jerangkap samar yang dipasang oleh pengganas komunis semasa membawa dua anggota Komando 69 yang tercedera ke kawasan pendaratan selepas operasi memburu pengganas komunis yang terlibat dalam pembunuhan empat orang anggota polis tambahan selesai dan membawanya ke hospital.

Kaki kanan beliau putus dan kecederaan di paha agak parah hingga menyebabkan beliau kehilangan darah yang banyak.

Beliau menghembuskan nafas terakhir dengan memberi kata-kata amanat kepada anggotanya. Antara amanat terakhir beliau berbunyai, "Teruskan perjuanganmu... hancurkan petualang negara. Buru dan hancurkan mereka... biarpun diriku tiada lagi!"

Jenazah Allahyarham disemadikan di Tapah, Perak dengan penuh istiadat penghormatan pasukan polis. Suasana sedih, sebak, tangisan dan titisan air mata menyelubungi dikalangan sanak saudara, keluarga dan sahabat handai serta warga PDRM, khasnya pegawai-pegawai dan anggota-anggota Komando 69 yang amat rapat dengan Allahyarham.

Selain itu, Tun Haniff Omar (Ketua Polis Negara ketika itu), Ketua Polis Perak dan pegawai-pegawai polis hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

GUGURNYA SEORANG PEJUANG - VAT 69, ALLAHYARHAM ASP MOHD ZABRI BIN ABDUL HAMID

MENGENANG JASA
Sebagai tanda memperingati jasanya dalam perjuangan menentang petualang negara, beliau dianugerahi pangkat Assisten Superintenden Polis dan sebuah kem latihan Komando 69 PGK di Tasik Banding dinamakan sebagai Kem Zabri. Beliau juga salah seoarang penerima Pingat Gagah Berani.

Bagi mempeingati dan mengenang jasa allahyarham, sebuah Ferret Scout Car milik PDRM ini telah diberi nama Zabri.  ASP Mohd Zabri bin Abdul Hamid  seorang pakar taktikal dan antara perwira yang paling dikenang dalam sejarah 69 Komando.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkannya dikalangan pejuang-pejuang Islam yang mati syahid. Al-Fatihah

Kisah Seorang Komando VAT 69, Air Mata Jantan Itu Akhirnya Mengalir Jua

0 comment... add one now