[VIDEO] Polis Tahan 5 Suspek Bantu Siasatan Pukul Pemandu Lori

Polis Tahan 5 Suspek Bantu Siasatan Pukul Pemandu Lori,ok!: Polis menahan empat lagi suspek termasuk seorang wanita dipercayai suspek utama dalam kejadian seorang pemandu lori dibelasah dalam insiden di perkarangan sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang pada 14 Januari lalu.

Polis Tahan 5 Suspek Bantu Siasatan Pukul Pemandu Lori

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff, berkata semua suspek berusia 20 hingga 30-an ditahan sejak malam tadi sehingga pagi ini.

"Penahanan terbaru ini menjadikan jumlah semua suspek yang ditahan seramai lima orang. Mereka akan direman bagi membantu siasatan berhubung kes ini," katanya, pada sidang media selepas menyempurnakan Pelancaran Op Selamat 10/2017 sempena Tahun Baharu Cina peringkat negeri di sini, hari ini.

Terdahulu,  empat individu termasuk seorang wanita ditahan berhubung kes seorang pemandu lori dibelasah sekumpulan lelaki di tempat letak kereta kondominium Puncak Anthenaneum, Bukit Antarabangsa dekat sini, pada 14 Januari lepas.

Difahamkan sebanyak 15 individu telah diambil keterangan berhubung kes berkenaan  setakat ini.

Kesemua yang dipanggil memberi keterangan termasuk pengawal keselamatan, orang awam serta indvidu yang merakam video terbabit.

Rakaman kamera litar tertutup juga telah dihantar ke Jabatan Forensik untuk tindakan lanjut.

Dibawah video rakaman cctv dimana security juga turut cuba dibelasah suspek terbabit.



sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/polis-tahan-lagi-suspek-belasah-pemandu-lori-1.615434

0 comment... add one now