[VIDEO] Ustazah Maut, Kereta Dipandu Terbabas Masuk Parit

Ustazah Maut, Kereta Dipandu Terbabas Masuk Parit,ok!: Seorang ustazah dilaporkan lemas selepas kereta yang dipandu terbabas masuk ke dalam parit di Jalan Paya Rawa, Kampung Raja, Besut, 1.30 petang tadi.

Ustazah Maut, Kereta Dipandu Terbabas Masuk Parit

Menurut info, suami mangsa, Ahmad Ruzaizi Mahmud, 46, yang mengeluarkan mangsa, Masni Ngah @ Mohd Jaiz, 44, dari kereta sementara menunggu bantuan pihak berkuasa.

Ahmad Ruzaizi yang juga seorang guru ketika itu berada di Sekolah Kebangsaan Beting Lintang dan bergegas ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa.

Masni Ngah bertugas sebagai guru agama di Kolej Vokasional Besut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan maut membabitkan kereta di lokasi kejadian pada 2.20 petang.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian dan mayatnya di bawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.

"Siasatan mendapati mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam parit sebelum lemas," katanya.



sumber
http://www.hmetro.com.my/node/199505

0 comment... add one now