2 Kanak-Kanak Hilang Masih Belum Ditemui

2 Kanak-Kanak Hilang Masih Belum Ditemui,ok!: Dua daripada lapan kanak-kanak yang dihanyutkan air deras di Sungai Selangor, di Kampung Timah, Bukit Beruntung, semalam masih belum ditemui, kata Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R. Supramaniam.

2 Kanak-Kanak Hilang Masih Belum Ditemui

Menurutnya sehingga  pukul 1 tengah hari ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua mangsa berkenaan, Muhammad Ikhwan Mohd Ridwan 10, dan Muhammad Aiman Kamarul Ariffin, 12, masih giat dijalankan.

"Pada awalnya, Muhammad Ikhwan dilaporkan telah ditemui namun selepas pengecaman dibuat keluarga mangsa, mayat yang dijumpai pada pukul 12.20 tengah malam tadi dikenal pasti sebagai Muhammad Iskandar Shah Abdullah, 12," katanya dalam sidang media hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, kanak-kanak berusia sembilan hingga 12 tahun dari kawasan perumahan berdekatan dihanyutkan air pasang besar ketika menangguk ikan di sungai itu.

Seorang daripada mereka selamat manakala lima lagi ditemukan lemas. Lima mangsa yang meninggal dunia dikenali pasangan adik beradik,

Shahrizat Abdullah, 12, dan Shahrizwan, 10, Amirul Hakimi Khairul Amru, 9, Muhammad Aiman Fitri Md Asmadi, 12 dan Muhammad Iskandar Shah, 12.

Supramaniam berkata, operasi SAR diteruskan pada pukul 8 pagi ini melibatkan kekuatan lebih 80 anggota Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Katanya, pihaknya kini memperluaskan radius kawasan pencarian dua kanak-kanak yang masih hilang itu kepada lebih lapan kilometer.

Mengulas lanjut, katanya, fenomena kepala air menjadi punca mangsa dihanyutkan arus deras secara tiba-tiba.

"Hujan lebat selama dua jam di sekitar kawasan berkenaan menyebabkan berlaku fenomena kepala air sehingga arus deras setinggi lima meter melanda kawasan anak sungai.

"Kebiasaannya paras air di sungai itu cetek dan memang kanak-kanak boleh bermain di kawasan itu," katanya. - Bernama

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/dua-kanak-kanak-hilang-masih-belum-ditemui-1.645581

0 comment... add one now