8 Tips Turunkan Bil Elektrik Rumah Anda

8 Tips Turunkan Bil Elektrik Rumah Anda ,ok!: Tiap kali hujung bulan je mesti kepala kita pening nak kena bayar segala macam bil dan tanggungan kan. Bercerita tentang bil ni, ada yang hujung bulan bilnya rendah, tapi ada pula bil lain yang mendadak naik. Tak best pula bila bil melambung tinggi terutama bil elektrik kan? Jangan risau, mungkin ada beberapa cara dan habit korang yang buatkan bil elektrik tu tinggi.

8 Tips Turunkan Bil Elektrik Rumah Anda
Gambar Hiasan semata2

Kami share 10 tips nak turunkan bil elektrik.

1. Bila nak basuh baju tetapkan mesin basuh pada mode 'cold wash'. Jika tak gunakan mode ni mesin memerlukan lebih tenaga untuk panaskan air.

2. Susunan barang dalam peti ais pun penting tau. Susun dengan rapi kerana ia melancarkan peredaran udara dan seterusnya menjimatkan elektrik.

3. Guna cerek elektrik? Haa, jangan masak air sikit-sikit. Pastikan air diisi hingga penuh.

4. Lampu rumah mesti lah nak cantik. Tapi tak salah gunakan mentol yang jimatkan tenaga elektrik. Boleh start cari okay?

5. Penempatan peti sejuk turut mempengaruhi fungsinya sama ada ia memerlukan elektrik yang banyak atau pun tidak untuk beroperasi. Oleh itu, jarakan sedikit air anda daripada dinding sekurang-kurangnya 10cm. Ini bertujuan untuk melancarkan pengaliran udara peti ais dan dalam masa yang sama, elak peti ais daripada terdedah dengan cahaya matahari kerana ia akan memerlukan lebih banyak tenaga bagi menyejukkan peti tersebut.

6. Walaupun tak guna, jangan biarkan suis komputer, pengecas telefon, atau mana-mana perkakas elektrik sentiasa on kerana ianya masih lagi menyalurkan elektrik. Telefon dah full charge pun cabut!

7. Set kan suhu aircond daripada 23-25 darjah celcius. Jika terlalu rendah, lagi banyak tenaga elektrik digunakan.

8. Gosoklah pakaian dalam kuantiti pukal. Gosok sekali banyak supaya anda tak perlu menghidupakan seterika berkali-kali dalam sehari.

sumber
Era fm

0 comment... add one now