Bapa Jual Rumah Agar Anak Dapat Sertai Catur Dunia

Bapa Jual Rumah Agar Anak Dapat Sertai Catur Dunia,ok!: Putri cilik catur negara, Afiqah Zahra Salihin, 7, menangis selepas seri di pusingan kelapan Pertandingan Catur Individu Sekolah Dunia 2017 di Romania.

Bapa Jual Rumah Agar Anak Dapat Sertai Catur Dunia

Bapa merangkap jurulatihnya, Salihin Ahmad, 45, berkata, anak keenam daripada sembilan beradik itu terlalu kecewa dengan keputusan itu selepas gerakan yang dilakukan kurang menjadi.

"Selepas pusingan kelapan dia agak ‘down’ dan bila sampai bilik dia menangis dengan kuat kerana terlalu kecewa.

“Lebih 10 minit untuk saya memujuknya. Mungkin kesilapannya pada saya kerana memberikan tekanan terhadapnya untuk menang.

"Diana Tynhtyk (peserta Kazakhstan) tidaklah sekuat mana selepas saya kaji permainannya sebelum ini. Semoga esok (hari ini) masih ada harapan untuk Afiqah,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, awal pagi ini.

Salihin yang juga guru bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Udang, Klang, berkata Afiqah Zahra mungkin tertekan kerana harapan terlalu tinggi diletakkan di bahunya.

"Pusingan kelapan memang bukan permainannya. Permainan tidak menjadi dan serba tidak kena.

“Banyak kesilapan yang dilakukan. Pusingan pertama dan kedua, dia telah mengalahkan beberapa pemain yang hebat iaitu mereka yang sentiasa di ranking satu dan dua sebelum ini.

"Kali ini, saya perhatikan dia kurang fokus, mungkin saya tekankan mesti menang dan rasa tekanan. Dia tidak 'enjoy'. Tidak bermain seperti tiada tekanan," katanya.

Murid tahun satu SK Sungai Udang itu seri dengan Tynhtyk, dalam kategori perempuan bawah 7 tahun untuk berada di ranking ketiga dalam pertandingan yang berbaki satu pusingan.

Harian Metro pada 21 April lalu melaporkan yang Salihin terpaksa menjual rumah keduanya di Segamat, Johor, pada harga RM65,000 untuk membawa Afiqah Zahra dan anak sulungnya, Nur Anisah, 17, ke pertandingan berkenaan kerana tiada penajaan.

Sementara itu, Nur Anisah turut seri dengan rakan sepasukan, Vivien Ngieng dalam kategori perempuan bawah 17 tahun.

Selain dua beradik itu, 14 lagi peserta turut menggalas cabaran negara dalam kejohanan yang menghimpunkan lebih 500 murid dan pelajar sekolah daripada 41 negara.

sumber
Harian Metro

0 comment... add one now