Selepas Kaki, Tangan Thaqif Mulai Membengkak & Kehitaman

Selepas Kaki, Tangan Thaqif Mulai Membengkak & Kehitaman,ok!: Keadaan kesihatan pelajar tahfiz Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, yang baru saja dipotong kaki akibat jangkitan kuman semakin teruk apabila tangannya pula didapati bengkak dan mulai kehitaman sehingga doktor meminta kebenaran ibubapanya untuk melakukan pembedahan. Perkara itu dinyatakan sendiri ibunya menerusi laman Facebook milik beliau, Dayang Thaqifah.

Assalamualaikum..wbt..
Laa haula walaa quwwata illa billahi`aliyyil`azhiim. Tiada daya dan upaya,tiada kekuatan kecuali dengan pertolongñmu ya Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Ya Allah...kau berikan yang terbaik buat anak syurgaku dan diriku...berilah daku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi dugaanMu..ya Allah... aamiin 
Mohon rakan-rakan doakn yang terbaik buat anak syurga saya....
Hari ke3 - 22 April 2017
Semalam lepas potong kaki... tangan kanan dah mula bengkak dan kehitaman...Awal pagi tadi.. doktor minta kebenaran...untuk belah tangan Thaqif bagi kurangkan tekanan... kuman merebak sangat cepat....Saya dah redha apa jua ketentuan Allah....

Selepas Kaki, Tangan Thaqif Mulai Membengkak & Kehitaman

Terdahulu menerusi laporan Astro Awani, Ibu mangsa, Felda Wani Ahmad, ketika ditemui memberitahu, anak ketiganya itu dimasukkan ke madrasah tersebut pada 27 Januari dengan rela hati kerana mahu mendalami ilmu al-Quran dan memasang cita-cita untuk menjadi  seorang tahfiz.

Pada awal sesi pembelajaran jelasnya, Mohamad Thaqif sangat gembira ditempatkan di madrasah itu, namun keadaan bertukar suram apabila anaknya sering meminta kepada keluarga untuk pulang ke rumah kerana dakwanya takut disebat oleh pembantu warden pada setiap malam.

Menurut Felda Wani, anaknya pernah mengadu bahawa setiap malam kesemua pelajar akan dipanggil untuk disebat sebanyak lima kali di tapak kaki.

“Ketika dia balik, dia ada cerita dengan saya. Saya tanya macamana kena. Dia memberitahu bahawa semua orang kena. Saya tidak boleh bayangkan.

“Dia cakap (mereka) dalam keadaan sujud dan (kena sebat) di tapak kaki. Saya tanya pakai apa, dan dia cakap guna getah paip warna kuning dan hijau,” jelas Felda Wani.

Susulan kejadian itu, membuatkan mangsa tidak tahan untuk meneruskan pembelajaran dan mengambil keputusan untuk berhenti di madrasah itu pada 31 Mac lepas.

Felda Wani berkata, keadaan kesihatan anaknya itu semakin merosot setelah dibawa keluar daripada pusat tahfiz berkenaan sebelum dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) pada Rabu lalu.

Kedua-dua kaki anaknya menjadi lebam kemerahan dan doktor yang merawat mengatakan terdapat darah beku dan jangkitan kuman yang telah merebak ke buah pinggang.

Felda Wani yang merupakan seorang guru di sekolah rendah di Kota Tinggi berkata, dia masih menunggu laporan perubatan bagi mengetahui sama ada kejadian yang menimpa anaknya itu adalah kesan daripada hukuman sebat berkenaan.

Beliau dan keluarga yang tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang turut membuat satu laporan polis di Balai Polis Ulu Tiram pada 19 Mac lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Rahmat Othman ketika dihubungi berkata, pihaknya akan memanggil pembantu warden tersebut bagi membantu siasatan berkenaan.

Katanya, pihaknya juga akan mendapatkan laporan perubatan daripada hospital berkenaan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Datuk Ayub Rahmat menerusi kenyataan media memberitahu bahawa Mohamad Thaqif dimasukkan ke wad HSI dan kini berada dalam keadaan kritikal.

Pihak hospital sedang membuat siasatan lanjut sama ada pesakit juga kebetulan mempunyai penyakit lain kerana keadaan penyakitnya tidak hanya terhad kepada tempat yang dinyatakan disebat itu.

Jelasnya, pelajar tersebut mempunyai darah beku dan terkena jangkitan kuman hingga merebak ke bahagian buah pinggang dan merosakkan fungsi buah pinggang.

Masalah pembekuan darah bukan sahaja di kaki, tempat yang dikatakan dipukul, malah turut terdapat di tangan.

Sehingga kini, kaki pesakit telah dipotong dan dialisis sedang dilakukan.

Ayub memberitahu, pihak hospital dan pihak terlibat sedang menyiasat dan sedaya upaya memberikan perkhidmatan terbaik dan sebaiknya untuk pesakit.

sumber
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pelajar-tahfiz-alami-cacat-kekal-pembantu-warden-madrasah-disiasat-140258

0 comment... add one now