Watson Enggan Terima Maaf, TV 3 Gantung Tugas Azizul Ammar & 6 Krew

Watson Enggan Terima Maaf, TV 3 Gantung Tugas Azizul Ammar & 6 Krew,ok!: Primeworks Studios Sdn Bhd menggantung khidmat pengacara Azizul Ammar Abu Hassan dan enam kru penerbitan, tanpa tempoh dinyatakan, berkuat kuasa serta-merta susulan isu mempersendakan nama ayah bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek.

Watson Enggan Terima Maaf, TV 3 Gantung Tugas Azizul Ammar & 6 Krew

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ahmad Izham Omar yang memohon maaf secara terbuka pada sidang media bersama bekas pelari pecut negara Watson Nyambek berkata, program yang sama juga ditamatkan siarannya.

Beliau berkata, tempoh penggantungan tugas enam krew penerbitan akan diputuskan kemudian.

"Saya mohon maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan kerana menyinggung perasaan keluarga Watson dan rakyat Sarawak," katanya.

Turut hadir dan menyatakan kekesalan ialah Azizul Ammar sendiri.

Sementara itu, Watson menolak permohonan maaf daripada Primeworks Studios Sdn Bhd berhubung insiden nama bapanya dipersendakan.

Mimik tersebut dilakukan oleh pengacara Azizul Ammar Abu Hassan dalam rancangan "Sukan Tak Sentral".

sumber
http://www.bharian.com.my/node/275340?

0 comment... add one now