DERMA Tahfiz Ittifaqiyah Cecah RM1 Juta Selepas 5 Hari

DERMA Tahfiz Ittifaqiyah Cecah RM1 Juta Selepas 5 Hari,ok: ATAS keprihatinan masyarakat negara ini, Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, menerima sumbangan mencecah RM1 juta sejak berlakunya tragedi yang mengorbankan 23 nyawa itu, Khamis lalu.

DERMA Tahfiz Ittifaqiyah Cecah RM1 Juta Selepas 5 Hari

Sumber pengurusan pusat tahfiz itu berkata, jumlah sumbangan yang disampaikan oleh orang persendirian, agensi kerajaan, swasta dan kumpulan individu itu mencecah RM1 juta selepas lima hari.

"Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyumbang dan prihatin atas tragedi yang berlaku ini.

"Ini jelas membuktikan rakyat Malaysia prihatin dengan tragedi kebakaran yang berlaku pada Khamis lalu yang mengorbankan 23 nyawa.

"Malah, ia juga sebagai satu petunjuk yang masyarakat masih meletakkan kepercayaan kepada institusi tahfiz di negara ini," katanya.

Tambahnya lagi, sumbangan itu akan digunakan untuk pengurusan pusat tahfiz itu.

Wartawan Harian Metro yang 'berkampung' di pusat tahfiz berkenaan sejak tragedi berlaku Khamis lalu mendapati orang ramai termasuk dari luar Lembah Klang tidak putus-putus mengunjungi pusat berkenaan bagi menyampaikan sumbangan serta menzahirkan sokongan.

sumber
https://www.hmetro.com.my/utama/2017/09/264825/terima-kasih-rakyat-malaysia

0 comment... add one now