Kadar Wajib Potongan KWSP 11% Bermula Januari 2018

Kadar Wajib Potongan KWSP 11% Bermula Januari 2018,ok!:  Caruman pekerja untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diturunkan kepada lapan peratus bermula upah/gaji Mac 2016, dikembalikan kepada kadar asal, 11 peratus, berkuat kuasa Januari ini.

Kadar Wajib Potongan KWSP 11% Bermula Januari 2018

KWSP dalam kenyataan hari ini berkata, kadar asal 11 peratus itu membabitkan pekerja yang belum mencapai usia 60 tahun, manakala 5.5 peratus untuk
KUALA LUMPUR: Caruman pekerja untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diturunkan kepada lapan peratus bermula upah/gaji Mac 2016, dikembalikan kepada kadar asal, 11 peratus, berkuat kuasa Januari ini.

KWSP dalam kenyataan hari ini berkata, kadar asal 11 peratus itu membabitkan pekerja yang belum mencapai usia 60 tahun, manakala 5.5 peratus untuk pekerja berusia 60 tahun ke atas.

"Majikan perlu memastikan amaun caruman yang betul dipotong daripada upah/gaji pekerja dan diremitkan kepada KWSP berdasarkan kadar caruman yang baharu ini.

"Kadar caruman terkini bagi syer pekerja dan majikan boleh dirujuk di Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991.

"Ahli yang ingin mencarum melebihi kadar berkanun 11 peratus atau 5.5 peratus boleh mengemukakan Borang KWSP 17A (AHL) atau Borang KWSP 17AA (AHL)," kata kenyataan itu.

Pengurangan kadar daripada 11 peratus kepada lapan peratus dilaksanakan berikutan pengumuman kerajaan pada 2016 ketika pembentangan Semakan Semula Bajet 2016 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Untuk maklumat lanjut, ahli dan majikan boleh merujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000, atau kunjungi mana-mana cawangan KWSP terdekat.

Sumber
Berita Harian

0 comment... add one now